Info Kesihatan

PEMBUNUH HALIMUNAN YANG BERADA DISEKELILING KITA

Setiap saat kita dikelilingi oleh pencemaran yang paling berbahaya dan merosakkan muka bumi. Ancaman terbaru ini tidak dapat dilihat, didengar mahupun dirasa. Ia berada di mana-mana sahaja.

Petualangnya? Medan elektromagnet (EMF). Jika anda sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat tetapi sering sakit tanpa sebarang sebab, anda mungkin menjadi mangsa dalam senyap, dan kabut elektro buatan manusia yang semakin ramai saintis dan doktor memberi amaran, boleh menjejaskan kesihatan kita.

Kita terdedah kepada dua jenis EMFs iaitu semula jadi dan buatan manusia. Di antara keduanya, EMFs buatan manusia lebih memudaratkan.

Dihasilkan terutama daripada tenaga elektrik seperti talian elektrik, ketuhar gelombang mikro, skrin komputer, tv, peralatan keselamatan, radar, telefon bimbit, stesen pemancar dan peralatan di rumah yang menggunakan tenaga elektrik (lampu kalimantang, pembakar roti, jam gerak, pewarna rambu dsbnya). EMFs tiruan berada di mana-mana dan menyerang kita tanpa disedari.

Sesetengah medan ini seperti gelombang radio (dari radio, TV, telefon bimbit dan komputer) sama keburukannya dengan rokok sebagai penyebab kanser paru-paru .

Gelombang mikro dan radiasi yang berkaitan dengannya dianggarkan hampir 1 billion kali lebih hebat berbanding gelombang mikro yang wujud semula jadi dalam persekitaran hari ini. Namun tidak ramai yang memahami istilah EMFs itu sendiri.

EMFs adalah gabungan medan elektrik dan medan magnet yang wujud dalam alam sekitar secara semula jadi atau sebaliknya. Diantara keduanya, EMFs bukan semulajadi (yang dihasilkan oleh manusia) lebih berisiko kepada manusia. Sumber-sumbernya ialah daripada talian elektrik, stesen pemancar telefon bimbit, pelbagai peralatan kegunaan di rumah dan pejabat, serta segala peralatan yang dijana oleh tenaga elektrik,bateri dan motor.

Pendedahan yang berpanjangan atau pendedahan kepada paras tinggi radiasi bukan semula jadi daripada peralatan dan sumber elektronik lain boleh menjejaskan sel-sel otak dan DNA, menyebabkan kanser (seperti leukemia di kalangan kanak-kanak dan tumor otak di kalangan orang dewasa) serta menjejaskan sistem saraf pusat, kardiovaskular dan sistem imun.

Kajian turut mengaitkan pendedahan kepada EMFs dengan pengurangan paras testosterone (hormon seks utama lelaki), keguguran, kecacatan bayi ketika lahir, keletihan yang kronik dan kemurungan.



PENDAPAT PAKAR

· “Medan elektomagnet dari sumber frekuensi merupakan salah satu faktor penting umum yang mempengaruhi alam sekitar, yang semakin menimbulkan kebimbangan dan spekulasi .” Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),

· “Pencemaran medan electromagnet menjadi pencemaran terpenting hasil aktiviti manusia dalam abad ini. Ianya lebih berbahaya kerana tidak dapat di lihat atau di rasa.” Andrew Weil, M.D., pelopor dalam bidang perubatan bersepadu dan pengarang buku, Spontaneous Healing: How to Discover and Enhance Your Body’s Natural Ability to Maintain and Heal Itself (1986).

· “Radiasi buatan manusia, apabila bergabung dengan radiasi dari matahari dan kosmos, akan membentuk persekitaran elektomagnet semula jadi manusia. Dalam tempoh 100 tahun lalu, manusia telah menambah paras radiasi ini dengan pelbagai isyarat dan kebisingan elektrik dan elektronik, menghasilkan “kabut” elektomagnet yang memenuhi alam sekitarnya.” Cyril Smith, dalam buku yang diterbitkan pada 1989, Elektromagnetic Man: Health & Hazard in the Electrical Environment

· “Kita kini hidup dalam lautan radiasi elekromagnet yang tidak boleh dirasa dan tidak pernah wujud sebelum ini. Bukti baru menyarankan radiasi dalam jumlah ini boleh menyebabkan stres, penyakit dan kesan lain yang memudaratkan di seluruh dunia, dengan menganggu fungsi otak. Bahayanya perlu diketengahkan secara terbuka agar seluruh penduduk dunia menyedarinya sebagai langkah pertama untuk mengelak bencana, kita perlu mencegah pengenalan sumber-sumber tenaga elektromagnet yang baru, selain menyiasat ancaman radiasi sedia ada keatas hidupan secara menyeluruh dan jujur, yang sejauh ini kurang diamalkan.” Dr Robert O. Becker, pelopor kajian mengenai fenomena bioelektrik dan pengarang buku-buku, Body Electric: Electromagnetism and The Foundation Of Life (1985) dan Cross Currents (1990)

KESAN-KESAN TERHADAP KITA

· Kajian yang dijalankan di Battelle Pacific Northwest Labs mendapati pendedahan yang berterusan kepada EMFs boleh mengurangkan rembesan melatonin (hormon yang mengawal ritma biologi mamalia). Kekurangan hormon ini pula menimbulkan masalah kejiwaan seperti kemurungan, kurang tumpuan dan sukar tidur. Pengeluaran melatonin yang berkurangan juga meningkatkan ketelusan penghadang darah-otak, menyebabkan kita lebih terdedah kepada kesan kimia beracun. Ianya juga menjejaskan kebolehtelapan membran sel saraf, pembuluh darah, kulit dan organ-organ lain.

· Menganggu proses penyembuhan semula jadi tubuh.

· Setiap panggilan dari telefon bimbit merosakkan sel-sel otak, malah telefon bimbit menjejaskan pengguna dan mereka yang berdekatan dengannya.

· Tinjauan di Perancis dan Sweden menunjukkan sehinnga 25% pengguna telefon bimbit mengalami gejala seperti pening, letih dan hilang daya ingatan.

· Dalam majalah perubatan Lancet, ahli fizik Dr Gerald Hyland dilaporkan berkata “Jika telefon bimbit sejenis makanan, ia tidak akan diluluskan.”

· Kerajaan UK tidak menggalakkan penggunaan telefon bimbit bagi kanak-kanak di bawah usia 16 tahun kerana otak mereka lebih mudah terjejas. Fokus mereka terhadap pelajaran juga akan terganggu.

Banyak lagi kesan-kesan EMFs yang memudaratkan kesihatan kita dan pendedahan info dan fakta tentang bahaya EMFs perlu disebarkan kepada masyarakat khususnya di Malaysia. Terdapat penafian dan penentangan dari pihak pengeluar terhadap ancaman ini kerana mereka hanya memikirkan keuntungan semata tanpa mengira kesan buruk terhadap masyarakat kita.

0 Comments:

 

© New Blogger Templates | Webtalks