Kenali Affiliate

ASAS UNTUK BEGINNER
Jika anda baru mendengar perkataan Program Affiliate ataupun sudah lama mendengarnya tetapi masih lagi tidak memahami dengan sepenuhnya apakah sebenarnya Program Affiliate, webpage ini akan menceritakannya secara asas.

APAKAH PROGRAM AFFILIATE
Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk atau perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'mempromosikan' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet).

BAGAIMANA MENYERTAINYA?
Untuk menyertai Program Affiliate adalah sungguh mudah. Sekarang ini, banyak syarikat-syarikat yang menganjurkan program ini dengan tujuan meluaskan lagi pasaran mereka dan secara tidak langsung ianya adalah suatu bentuk pengiklanan untuk produk atau perkhidmatan mereka. Setakat diketahui, hampir semua Program Affiliate ini boleh disertai secara percuma.

Secara umumnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah mengikut langkah-langkah berikut:-

*Kenal pasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai.
Terdapat banyak syarikat di Internet yang menawarkan Program Affiliate untuk anda sertai. Bermula dari syarikat yang terlibat dalam penjualan buku, muzik, DVD movies atau games, barangan elektronik, makanan kesihatan, alatan sukan, pakaian, dan lain-lain lagi.....sehinggalah kepada syarikat yang memasarkan perkhidmatan seperti web hosting, web design, search engine, direktori, seminar perniagaan, dan bermacam-macam lagi.

*Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain).
Ingat! Bacalah dengan teliti dan fahami segala isi kandungan perjanjian tersebut sebelum membuat sebarang keputusan. Ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari seperti masalah pembayaran, cara promosi, tempoh luput dan sebagainya. Langkah ini yang nampaknya sungguh mudah tidak harus dipandang remeh sama sekali.
Jika sudah bersetuju, daftarkan permohonan anda dengan mengisi 'form' yang disediakan oleh syarikat tersebut.

*Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke website syarikat tersebut. Perlu diingatkan bahawa tema website anda perlulah selari dengan produk atau perkhidmatan yang anda rujukkan melalui Program Affiliate yang anda sertai. Sebagai contoh, anda mempunyai website yang sedang giat memasarkan buku-buku di Internet atau dengan kata mudah 'Online Bookstore'. Sudah tentu Program Affiliate yang terbaik untuk anda sertai adalah berkaitan dengan pemasaran buku, contohnya yang ditawarkan oleh www.Amazon.com.

*Apabila permohonan anda diluluskan, anda biasanya diberikan 'HTML code' ataupun 'link' yang mengandungi Affiliate ID anda sendiri. Tugas anda hanyalah perlu meletakkan 'HTML code' ataupun 'link' tersebut ke dalam website anda. Jika ada orang klik dan seterusnya membuat pembelian, maka anda akan mendapat komisyen.

*Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada).
Sebenarnya tiada apa yang perlu dipelajari di sini kerana ianya adalah milik anda, bukannya milik sesiapa yang lain. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerima bayaran komisyen tersebut, dan seterusnya terpulanglah kepada anda apa nak dibuat dengan duit tersebut. Ini semua adalah hasil dari usaha anda sendiri dan bukannya orang lain. Jadi hanya anda lah saja yang berhak!!!

*Cuma satu perkara yang perlu diingat, cara dan tempoh penerimaan komisyen perlu dinyatakan (dipilih) semasa anda mengisi borang permohonan untuk menyertai Program Affiliate.


KELEBIHAN PROGRAM AFFILIATE
Seperti diketahui umum, terdapat bermacam-macam peluang perniagaan di Internet yang wujud pada zaman ini. Salah satunya ialah Program Affiliate yang terbukti mempunyai banyak kelebihannya seperti tersenarai di bawah:-

*Tidak memerlukan produk sendiri. Ya, memang benar! Anda tidak perlu memeningkan kepala memikirkan untuk menghasilkan produk sendiri untuk dijual.

*Mudah disertai dan boleh bermula dengan segera. Berbeza dengan jenis perniagaan lain di Internet yang memerlukan banyak masa sebelum boleh dimulakan, Program Affiliate boleh dimulakan dalam masa yang amat singkat. Jangan terkejut jika dikatakan ada yang boleh dimulakan dalam masa kurang dari 10 minit!

*Boleh disertai secara PERCUMA! Selain itu, tiada had untuk anda menyertai seberapa banyak Program Affiliate yang ada di Internet. Dalam lain perkataan, tiada had bagi anda menjana pendapatan sebanyak mungkin.

*Teknik pemasaran sudah disediakan oleh syarikat. Apa yang anda cuma perlukan ialah, pilih mana yang sesuai dan letakkan dalam website anda. Lebih menarik lagi, ada juga sesetengah syarikat yang menyediakan website bagi anda bila anda menyertai Program Affiliate mereka.

*Tidak perlu terlibat dalam urusan jual-beli, sokongan teknikal mahupun khidmat lepas jualan bagi produk tersebut kerana ianya akan diuruskan oleh pemilik produk. Lebih penting dari itu anda tidak perlu risau tentang komen dari pelanggan kerana semuanya akan pergi kepada pemilik produk.

*Tidak memerlukan sebarang perisian atau teknik untuk mengesan jualan yang berjaya anda hasilkan kerana semuanya akan disediakan oleh syarikat yang menawarkan Program Affiliate tersebut.

0 Comments:

 

© New Blogger Templates | Webtalks